Pages

klik lahh kalau berani!!

Jumaat, 16 Mac 2012

menjaga hati ibubapa

ASSALAMUALAIKUM AND SALAM SEJAHTERA....




Hari ini jom kiter berckp tentang mcm mner nk jaga hati org sekeliling kite tpi yang penting mcm mner nk jaga hati ibu dan bapa kita yang dh besrkan kter....
walaupun Hani sempoi..tpi xbermaksud hani xjaga hati org sekeliling Hani kan..
 “Sesiapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah habuannya dan Allah akan memanjangkan (pula) umurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la, at-Thabrani, as-Syaibani dan al-Hakim)
 Raut wajah anak akan beri kesan kepada hati orang tua. Oleh itu cara mudah untuk gembirakan hati mereka ialah selalu senyum, bermanis muka dan pandang mereka dengan penuh kasih sayang. Memandang ibu bapa (dengan kasih sayang), menurut Nabi s.a.w., adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)
Saya petik kata2 nie dari sebuah artikel di internet...
Jdi korang kena lah wat ibu bapa bangga dengan kejayaan korang...ini juga peringatan kepada diri sye agar tidak lupa untuk membalas jasa ibu bapa kita.
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang… 

“Ya ALLAH…
Rendahkanlah suaraku bagi mereka…
Perindahlah ucapanku di depan mereka…
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…

Ya ALLAH…
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku…
dan Pahala yang besar
atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku…
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku…

Ya ALLAH…
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab rontotnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-MU ya ALLAH…
hanya ENGKAULAH
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda…

Ya ALLAH…
Bila magfirah-MU telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka
memberi syafa’at untukku….
Tetapi jika sebaliknya,
maka izinkanlah aku memberi syafa’at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-MU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-MU,
ampunan-MU serta rahmat-MU…
Sesungguhnya ENGKAUlah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan
ENGKAUlah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih…

Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…” 


untul lebey lanjut tentang artikel yang sye bce, anda lawt lah ruangan ini
http://melayuboleh.8forum.net/t455-menjaga-hati-ibu-bapa

2 ulasan: